KETUA Wanita, Noraini Ahmad akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini.
Beliau akan menentang bekas ketua, Shahrizat Jalil yang cuba kembali selepas menyerahkan borang pencalonan minggu lalu.
Shahrizat memegang jawatan itu dari tahun 2009 hingga 2018.
Timbalan ketua, Norliza Abdul Rahim juga disebut-sebut akan bertanding jawatan itu.