AHLI Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslah akan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian pada pemilihan akan datang.
Jawatan tersebut ketika ini disandang oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohamad.
“Saya akan berlawan persahabatan dengan Hasni, beliau ketua bahagian sudah lebih 20 tahun.
“Jadi saya kira, saya ingin menawarkan diri supaya difikirkan oleh perwakilan untuk bahagian Pontian,” katanya pada sidang media Parlimen, semalam.