AKTA Pertubuhan 1966 (Akta 832) diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen, kata Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kalau ada tak setuju, kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah satu akta dan ia diluluskan oleh Parlimen. Maka kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,” katanya kepada media di Shah Alam, malam tadi.