TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata barisan pemimpin baru Umno dan Barisan Nasional akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang ada.
President Umno itu berkata, berdasarkan keputusan pemilihan parti semalam, jelas menunjukkan bahawa pemimpin dan ahli akar umbi tetap setia bersama kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Biarpun ada usaha untuk meruntuhkannya, ia ditolak oleh perwakilan Umno,” katanya selepas satu mesyuarat Kerajaan Perpaduan, malam tadi.
Mesyuarat dua jam itu dipengerusikan Anwar dan dihadiri oleh semua pemimpin parti dalam kerajaan.