BEKAS Naib Presiden, Mahdzir Khalid yang gagal mempertahankan jawatan pada pemilihan Umno bagi penggal 2023-2026 kelmarin, menerima keputusan perwakilan seluruh negara yang memilih dua muka baharu bagi jawatan itu.
Sambil berikrar untuk terus menabur khidmat bakti kepada parti, Mahdzir yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terap, berterima kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi beliau.
“Saya secara peribadi menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila perwakilan berhasrat untuk memilih kepimpinan baharu di barisan Naib Presiden bagi membantu Presiden dan Timbalan Presiden khususnya dan Umno secara amnya.
“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang mengundi saya pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.