PREIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada dalam kalangan bekas pemimpin di peringkat bahagian yang melarikan ‘harta’ di pejabat parti, selepas tewas dalam pemilihan lalu.
Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan secara terperinci identiti pemimpin dimaksudkannya itu, sebaliknya memberi alasan akan menceritakan lebih lanjut perkara itu di majlis bersesuaian.
Beliau bagaimanapun memaklumkan perkara itu sampai ke pengetahuannya selepas dikunjungi seorang pemimpin yang baru sahaja menerajui sebuah bahagian tanpa mendedahkan lebih lanjut identiti pemimpin terbabit termasuk bahagian yang diwakili.
“Saya tahu pemberita tahu bahawa saya sangat telus dalam perkara ini. Tetapi biarlah cukup saya beritahu terdapat perubahan apabila sesuatu jawatan dipegang tentunya pemegang jawatan lama yang menjadi pemegang amanah kepada pejabat lama, merasakan segala harta benda yang ada di pejabat itu milik dirinya,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.