UMNO perlu menjual propaganda parti, bukannya pemimpin untuk kekal relevan, kata Ketua Penerangannya, Azalina Othman Said.
Jelasnya, dalam politik Umno selalu membuat gerakan secara bersemuka untuk bertemu dengan para pengundi.
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kita tidak bersedia dengan penggunaan media pihak ketiga kerana selalunya Umno membuat gerakan face-to-face,” katanya ketika sesi wawancara di Facebook Umno Online pada Sabtu.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu turut menganggap bahawa pemilihan muka-muka baharu sebagai calon pada PRU lalu merupakan cabaran besar kepada parti.