MCA tidak harus ‘jauh hati’ dengan kerjasama politik yang terjalin di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, kata presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap di Kuala Lumpur hari ini, Timbalan Perdana Menteri itu berkata kerjasama itu adalah untuk menegakkan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong.
“MCA sebaliknya perlu menyokong penuh kerjasama ini sebagai parti komponen BN.
“Kita memerlukan sokongan semua komponen. Ini penting. Tak usahlah berasa jauh hati.”