PEMUDA Umno akan tetap bekerjasama dalam kempen pilihanraya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada pilihanraya negeri akan datang, kata ketuanya Dr Akmal Saleh.
Sama ada DAP memohon maaf kepada Umno atau tidak, mereka akan tetap beri kerjasama.
“Yang terbaik ialah permohonan maaf DAP. Kami bukan memaksa tetapi jika ada, ia akan memadamkan terus rasa tidak puas hati ahli Umno,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno.