AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempersoalkan mengapa dia digantung selama enam tahun Januari lalu.
Bekas menteri itu juga masih tertanya-tanya apakah sebenarnya di sebalik kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid bahawa mereka yang digantung atau dipecat boleh memohon semula agar keputusan itu disemak semula.
“Apa yang saya tahu, saya tak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno.
“Mereka sepatutnya menyoal siasat saya tetapi ini tak berlaku. Tolong jelaskan kepada saya,” katanya di Parlimen, hari ini.