KETUA Puteri Nurul Amal Fauzi menasihatkan ahli parti supaya tidak mempedulikan apa yang pihak pembangkang kata mengenai Umno, sebaliknya mesti berusaha meningkatkan imej Umno dan pengukuhannya.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata pemimpin pembangkang juga tidak perlu menyuruh apa yang perlu dibuat oleh ahli Umno.
“Ini parti kita. Kita uruskannya sendiri. Mengapa mesti kita dengar hasutan mereka,” katanya.
Kenyataan ‘Along’ adalah sebagai reaksi kepada beberapa bekas ahli Umno yang menyertai pembangkang yang terus-menerus menempelak parti selepas tewas pada pilihanraya umum ke-14.
Pada pilihanraya negeri yang lalu, Umno hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.
Ketika berkempen untuk pilihanraya kecil Pulai, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Umno sudah tidak dapat dipulihkan.