AHLI Majlis Kerja Tertinggi, Isham Jalil berkata beliau mungkin dipecat daripada parti kerana kenyataannya yang dianggap memburukkan nama Umno kerana kerjasamanya dengan Pakatan Harapan, terutamanya DAP.
Katanya, beberapa nama disebut-sebut akan dipecat pada mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, malam ini.
“Saya ada terima khabar mengenainya beberapa hari lalu. Nama saya mungkin ada,” katanya.
Isham baru-baru ini mengecam Umno kerana kerjasama politiknya dengan DAP.
Beliau dipetik oleh laman media sosial sebagai berkata, Yang di-Pertuan Agong hanya menitahkan agar sebuah kerajaan perpaduan dibentuk tetapi bukan meminta Umno dan PH bekerjasama pada pilihanraya negeri dan pilihanryaa kecil.