UMNO akan terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, menerusi falsafah perjuangan itu, ia diterjemahkan dalam inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan antaranya mewujudkan Pra Tahfiz Kemas, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz dan TVET Wanita.
Timbalan Perdana Menteri berkata di Jempol, semua inisiatif berkenaan merupakan hasil cetusan idea UMNO untuk memperkasa pendidikan Islam sekali gus membantu perkembangan ekonomi dan kerjaya wanita.
“Terkini, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang saya pengerusikan akan menjadi medan untuk kita bersama-sama berdiskusi demi mengangkat martabat ekonomi Bumiputera,” katanya.