DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya parti itu masih lagi menjadi harapan sebahagian rakyat Kedah walaupun tidak memenangi pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gerak kerja Umno perlu diperhalusi kembali bagi mendapat sokongan rakyat pada masa akan datang.
“Biarlah hari ini menjadi titik tolak untuk kita bangkit dan bersedia menyahut cabaran mendatang dengan penuh keazaman.
“Biarlah hari ini, menjadi medan musyawarah untuk Umno Kedah mencipta resolusi kejayaan pada masa hadapan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Ahmad Zahid mengulas mengenai program pemukiman kepimpinan Umno Kedah yang dihadirinya di Alor Setar, semalam.