PENGUNDI Kemaman diseru jangan sekali-kali membakar ‘Jambatan ke Putrajaya” pada pilihanraya 2 Disember ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mereka mesti menjadikan bahagian itu sebagai penghubung di antara Terengganu di bawah PAS dengan Kerajaan Persekutuan.
“Janganlah bakar jambatan atau peluang ini.
“Ambillah peluang ini. Jika tidak, tunggulah sehingga pilihanraya umum akan datang,” katanya di Kemaman, Sabtu lalu.