DAKWAAN kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkumpul di Cameron Highlands bagi menyatakan pendirian sokongan kepada Perdana Menteri tidak betul dan fitnah semata-mata.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata fitnah dan tohmahan dibuat penulis blog, Raja Petra itu tidak lain sekadar bertujuan untuk mensensasikan isu berkaitan ‘Langkah Dubai’.
Malah, beliau berkata, tuduhan itu dibuat pula oleh seorang penulis blog veteran yang mengabdikan diri di luar negara kerana takut diambil tindakan atas fitnah yang dibuat hampir setiap hari.
“Maka saya menasihatkan rakyat Malaysia tidak percaya dengan fitnah murahan seperti ini.