UMNO akan hanya menentukan pakatan politiknya di Sabah apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi pilihanraya negeri.
Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno juga terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka memiliki wadah perjuangan yang sama.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian di Kota Belud, semalam sebagai menjawab pelbagai persoalan mengenai kemungkinan Umno bekerjasama dengan Warisan pada pilihanraya negeri akan datang.
“Keputusan selepas dewan dibubarkan,” katanya.
Bagaimanapun, pengerusi BN itu berkata pilihan Umno itu mestilah rakan yang boleh bergerak seiring bagi memperkukuhkan kerajaan yang ada.
Mengenai isu lain, Zahid berkata tidak wujud masalah atau pergolakan dalam Umno Sabah.
“Semuanya baik dan berjalan seperti biasa,” katanya.