DENDA berjumlah RM100 juta akan dikenakan ke atas mana-mana Ahli Parlimen Umno atau BN yang bertindak membelakangkan pendirian parti, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Setiausaha Agung parti itu berkata mereka telah menandatangani bon bernilai sedemikian di hadapan pesuruhjaya sumpah.
“Sebarang tindakan yang melanggar syarat perjanjian akan menyebabkan mereka membakar sejumlah itu kepada parti,” katanya Sabtu lalu.
Bon itu adalah pindaan kepada perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung pada 13 Januari tahun lalu.