TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan setinggi-setinggi tahniah kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas perlantikannya sebagai Pemangku Sultan Johor, semalam.
Dalam laman FBnya, Zahid berharap baginda dan seluruh keluarga akan sentiasa dipayungi Allah.
Upacara berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Ia dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang dijadualkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia pada 31 Januari ini.