YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam memberi ingatan kepada segelintir Ahli Parlimen supaya menghentikan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan dan sebaliknya menunggu pilihanraya umum akan datang untuk berbuat demikian.
Dalam ucapannya ketika merasmikan penggal Parlimen ke-15, baginda juga meminta semua pihak menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang ada serta memberikan mereka menjalankan tugas tanpa banyak gangguan.
“Saya tidak akan melayan sebarang cubaan untuk menggangggu gugat kerajaan yang ada.
“Jika ingin berbuat demikian, tunggulah sehingga pilihanraya umum yang akan datang.”