PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah tidak wajar Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh mengecam Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai UMNO.
Beliau menyatakan kekesalan di atas kenyataan Dr Akmal yang menyifatkan seorang menteri sebagai ‘dungu’ dan sebaliknya menggesa ketua pemuda itu agar bekerjasama dengan kerajaan.
“Saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Pada hemat saya, kenyataan itu tidak wajar sama sekali kerana kita satu pasukan dan mesti bekerjasama,” katanya hari ini.
Beberapa hari lalu, Dr Akmal mengkritik menteri DAP, Nga Kor Ming mengenai tentangannya terhadap kempen boikot terhadap sebuah pasar raya.