BEIJING, April 24 (Xinhua) – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Liu Jianchao, ketua Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC) di Beijing, semalam.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran mengenai kerjasama dua hala serta memperbaiki beberapa perjanjian yang sudah dimeterai sebelum ini.
Mohamad yang juga Menteri Luar turut bertemu beberapa pemimpin China.
Malaysia dan China menyambut Jubli Emas hubungan diplomatik mereka pada 31 Mei ini.