UMNO mengakui bahawa bilangan pengundi tegarnya makin berkurangan walaupun jumlah pengundi bertambah setiap enam bulan, kata naib presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bercakap di Johor Bahru semalam, beliau berkata pengundi baharu kebanyakannya enggan menyertai parti itu tetapi merekalah penentu besar dalam sebarang pilihanraya.
“Tak macam dahulu… pengundi tegar kita makin berkurangan. Kajian demografi menunjukkan pengundi muda menguasai 60 peratus di segenap aspek.
“Misalnya di Pasir Gudang, kita ada 20,000 ahli UMNO tetapi ada 200,000 pengundi berdaftar. Ini mungkin meningkat kepada 250,000 tetapi bilangan ahli tegar UMNO tidak bertambah,” katanya.
Khaled berkata, UMNO perlu berbuat sesuatu agar rakyat merasai kehadiran dan kepentingan. Carilah jalan terbaik.”