UMNO akan menggunakan apa sahaja cara yang ada bagi mendapatkan pembebasan bekas pemimpinnya, Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masih ada jalan untuk maksud sedemikian.
Bercakap pada pertemuan dengan Kelab Sahabat Najib di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata proses perundangan sahaja bukan satu-satu cara yang ada untuk mendapatkan pembebasan bekas perdana menteri itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka Norashman serta Nooryana Najwa.