KERAJAAN Perpaduan menerusi Pakatan Harapan (PH) menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bahru apabila calon mereka dari DAP, Pang Sock Tao memenangi pilihanraya kecilnya, Sabtu lalu.
Keputusan itu menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.
Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Pencabar utamanya dari Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.
Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. Mereka hilang deposit.