KENYATAAN tular antara lain mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Perkara itu disahkan Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan, Ahad lalu.
Ia merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan palsu itu yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO, turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak lagi terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu.