UMNO perlu berhati-hati dengan rancangan untuk menerima semula beberapa bekas pemimpin yang dipecat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad said.
Katanya, Majlis Tertinggi parti mestilah menjalankan penilaian mendalam terlebih dahulu sebelum keputusan itu diambil.
“Menerima mereka yang tidak setia kepada parti tanpa sebab akan hanya memberi kesan buruk kepada tanggapan generasi baharu dalam parti, sekaligus akan merencatkan semangat mereka serta ahli yang selama ini tidak berganjak menyokong parti.
“Janganlah kita mematahkan semangat mereka yang selama ini setia dengan kita,” katanya di Ipoh, semalam.