PERIKATAN Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap di Pulau Pinang pada pilihanraya kecil Sabtu lalu.
Calonnya Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan dengan majoriti 4,133 undi.
Suruhanjaya Pilihanraya menyebut, peratusan keluar mengundi amat rendah iaitu 68 peratus.
Walaupun ramai pengundi Melayu membuang undi, tidak sampai 50 peratus pengundi Cina dan India berbuat demikian.
Seramai 39,279 layak mengundi di Sg Bakap.