DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan terus bertanding mana-mana pilihanraya dengan menggunakan logo Barisan Nasional (BN).
Dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia akan digunakan pada pilihanraya umum ke-16 akan datang.
“Tiga tahun dari sekarang, kita akan hadapi PRU.
“Saya setuju dengan barisan pemimpin dan akar umbi parti bahawa UMNO akan terus menggunakan lambang BN.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan terus bekerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kelak.