PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah ada jumlah kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun dia mendakwa memiliki 115 sokongan berbentuk SD.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata ini kerana jumlah itu membabitkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akhirnya menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.
“Adakah Ahli Parlimen UMNO termasuk dalam perkiraannya?” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung UMNO di WTC Kuala Lumpur.
“Menurut perakuan Muhyiddin, 115 SD itu termasuk 10 orang Ahli Parlimen yang menandatanganinya dua kali, jadi jumlahnya hanya 105, yang sama sekali tidak layak membentuk kerajaan.”
Dengan 222 anggota Dewan Rakyat, sesebuah parti hanya dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.