UMNO memerlukan sekurang-kurangnya dua atau tiga lagi pilihanraya umum sebelum ia pulih seperti sediakala.
Naib presidennya, Datuk Seri Johari Ghani berkata dalam ucapan penggulungannya di PAU hari ini, ia boleh dicapai jika kejituan dan kesetiaan dalam parti dalam dicapai sepenuhnya.
“In sha Allah, saya yakin dengan ini.
“Hapuskan segala sengketa dalaman dan isu titik bengik di antara kita.
“Ia mesti diakui oleh semua 191 bahagian dan lebih 22,000 cawangan UMNO seluruh negara,” katanya.