GESAAN Bersatu agar saksi pilihanraya kecil Nenggiri tampil membuat petisen hanyalah satu gimik murahan politik, kata UMNO Kelantan.
Ketua penerangannya, Zawawi Othman berkata tidak perlulah pemimpin Bersatu membuang masa dengan menghasut pengundi Nenggiri berbuat demikian kerana mereka sudah pun memilih calon Barisan Nasional sebagai wakil mereka.
“Ini semata-mata taktik murahan Bersatu. Tak usahlah buat kerja sia-sia,” katanya kepada FMT.
Pada 9 Oktober, ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Nor berkata pihaknya gagal membuat petisen kerana tidak ada saksi yang tambil membuat bantahan.
PRK Nenggiri pada 17 Ogos dimenangi Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan majoriti 3,3,52 undi dengan menewaskan calon Perikatan Nasional, Rizwadi Ismail.