Tindakan Hakim tak jejas UMNO, kata Puad

TINDAKAN adik Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Abdul Hakim menyertai PAS tidak menjadi ‘kudis’ kepada parti Melayu itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato Mohd Puad Zarkashi, berkata Hakim bukanlah individu heavyweight dalam UMNO yang boleh memberi kelebihan kepada PAS.

“Umno tidak hairan Hakim masuk PAS. UMNO jalan terus. Mat Tyson (Muhammad Muhd Taib) kembali kepada UMNO. Kita tunggu Annuar Musa. Apa PAS dapat darinya. Kalah lagi teruk di Nenggiri.

“Tidak ada apa dalam PAS baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam. UMNO tidak hairan siapa keluar parti. Di bawah Zahid, UMNO punyai bargaining power sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.