PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menemui pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataan Guan Eng bahawa menteri UMNO kurang membantu bahagian Bagannya ketika dalam kesusahan.
“Saya perlu menemuinya,” kata Zahid semalam ketika mengulas kenyataan Guan Eng dalam ucapan bahas belanjawan. Lim berterima kasih kepada kerajaan tetapi berkata bantuan daripada menteri UMNO ‘amatlah kurang’.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu wartawan bagaimana dia menerima panggilan Guan Eng pada jam 3 pagi ketika dia ketua menteri Pulau Pinang.
“Saya di Sarawak ketika itu dan bergegas ke Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir di sana. Guan Eng sepatutnya masih ingat lagi,” katanya.
Bantuan itu diberikan ketika Pulau Pinang dilanda banjir besar pada November 2017.