Musa Aman dilantik TYT ke-11 negeri Sabah

BEKAS Ketua Menteri Sabah paling lama berkhidmat sebelum ini, Tan Sri Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah Ke-11 hari ini mengucapkan ucapan terima kasih dan menjujung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas perlantantikan tersebut.

Musa melalui satu kenyataan di Facebook rasminya turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima suratcara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Singgahsana Kecil Istana Negara Kuala Lumpur.