‘Hubungan Zafrul dalam UMNO tidak baik’

TENGKU Zafrul Aziz dipercayai mahu mencari masa depan lebih cerah dengan PKR berikutan hubungannya yang tidak berapa baik dengan beberapa pemimpin UMNO bersabit perebutan kuasa dalaman serta ketidakpuasan hati mereka terhadapnya.

Menurut sumber yang enggan dinamakan menyebut, beberapa pemimpin UMNO berpakat untuk menyingkir Zafrul, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi, selepas keputusan tidak memberangsangkan pada pilihanraya negeri Selangor pada 2023.

Pada PRN pada Ogos 2023, UMNO yang bertanding 12 kerusi hanya memenangi dua daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Pada April lalu. Zafrul meletak jawatan sebagai bendahari Selangor dengan alasan kegagalannya membawa perubahan kepada UMNO negeri. Pada waktu itu, beliau membidas UMNO Selangor kepada enggan menurut caranya untuk membawa pembaharuan kepada negeri itu.

“Saya tak hairan jika itu jadi penyebab kepada beberapa pemimpin UMNO untuk menyingkirkannya. Tengku Zafrul menyedarinya selepas PRN,” kata sumber itu.

Pada PRN itu juga, Zafrul disebut-sebut akan bertanding. Bagaimanapun, rancangannya gagal selepas adanya tentangan di kalangan parti terhadapnya.

“Ada juga kebimbangan ketika itu yang Zafrul, orang kepercayaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, akan menyebabkan orang lain tertutup peluang untuk naik.

“Ini tradisi dalam UMNO. Mereka tak suka pada orang yang lebih pandai atau yang boleh menutup peluang mereka.”

Sambil menyifatkan Zafrul sebagai tokoh yang berwibawa dan rapat dengan Istana, sumber itu berkata ini antara sebab mengapa dia tidak disenangi orang lain.

Hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai PKR sudah diketahui umum, dan ini mendorong pemimpin UMNO melabelnya sebagai pengkhianat.

“Bagaimanapun, mereka tahu apa sebenarnya yang terjadi.”

Zafrul mengesahkan Ahad lalu mengenai wujudnya perbincangannya dengan PKR tetapi belum ada keputusan dicapai. Beliau juga menafikan mengenai tawaran jawatan atau kedudukannya pada pilihanraya umum akan datang.

Ada juga khabar angin mengatakan beliau akan menjadi calon PKR sebagai menteri besar Selangor.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Akmal Salleh menyatakan tentangan mereka terhadap calon yang melompat di kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS menyifatkannya sebagai satu drama politik.