PILIHANRAYA negeri Sabah adalah medan ujian kepada kesepakatan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi.
Katanya, pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar dengan berkata parti lain dalam Kerajaan Perpaduan perlu mengambil kira pandangan BN jika mahu bekerjasama pada PRN akan datang.
Puad berkata, kesetiaan dan kejujuran amat penting bagi UMNO dan sebab itulah ia tidak boleh bersama PAS dan Bersatu.
“PRN Sabah akan menguji sejauh mana perpaduan itu. Sama ada BN-PH akan bekerjasama dengan GSR atau Warisan, ia akan ditentukan kemudian.
“Semua tahu bahawa hubungan UMNO dan GRS tidaklah berapa baik manakala PH pula tidak sekata dengan Warisan,” katanya di halaman FB.
BN dan GRS saling ingin bekerjasama dengan PH pada PRN Sabah, yang mesti diadakan menjelang Disember 2025.