PAS menggesa ahlinya agar menyokong UMNO dalam kes bekas perdan menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari depan.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mendengar permohonan Najib mengenai ‘titah adendum’ bekas Yang di-Pertuan Agong (kini Sultan Pahang) yang membenarkannya menjalani tahanan di rumah.
Sinar Harian menyiarkan arahan dalaman PAS, yang viral di media sosial, agar semua ahlinya menyertai perhimpunan solidariti Najib.
Seorang pemimpin akar umbi UMNO sebelum itu menggesa barisan pemimpin dan ahli seluruh negara agar menyertai perhimpunan itu pada 6 Januari 2025.
Perhimpunan ‘baju merah’ itu dijangka diadakan di Istana Kehakiman mulai jam 8 pagi hingga 6 petang.