PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebagai berkata beliau seboleh-bolehnya tidak mahu bekas PM Datuk Seri Najib Razak menerima layanan buruk yang pernah diterimanya di dalam penjara.
Bercakap kepasa Financial Times di London, Anwar menyokong pengurangan tempoh penjara buat Najib yang dipenjarakan atas kesalahan pengubahan wang haram dalam skandal 1MDB.
“Saya dah alaminya, termasuk pengasingan di penjara. Saya tak diberi makanan yang dibawa dari luar, hanya makanan penjara.
“Namun, saya tak mahu ia menimpa Najib. Memang tak patut pun sebab dia pernah jadi perdana menteri,” beliau dilaporkan berkata.
Beliau bagaimanapun menekankan tidak dapat memaafkan sebarang salah laku rasuah yang berlaku di bawah perdana menteri sebelumnya.
Anwar mengulangi tuduhannya terhadap Tun r Mahathir Mohamad, yang menurutnya membenarkan dia dilayan sebegitu buruk di penjara.
“Saya diseksa dan hampir mati. Saya dah maafkan dan ingin meneruskan hidup,” katanya.
“Begitupun, mencuri dana awam – berbilion ringgit – saya tiada kuasa untuk memaafkan. Pulangkan balik.”