UMNO Sabah tak calon pengkhianat – Bung

UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon yang keluar parti atau bersekongkol dengan Gabung Rakyat Sabah (GRS) pada pilihanraya negeri tidak lama lagi, kata ketua badan perhubungannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, parti hanya akan memberi laluan kepada calon yang setia dan sentiasa membantu rakyat dan tidak ada kepentingan peribadi.

Umno Sabah juga sudah mengambil langkah perlu bagi pengukuhan parti selepas ia keluar dari GRS pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Oleh itu, persoalan sama ada mereka yang menidakkan kesetiaan kepada parti akan dipilih sebagai calon PRN kali ini, tidak timbul sama sekali,” katanya di Kota Kinabalu semalam.

Bung merujuk kepada ahli DUN Sabah yang digantung daripada UMNO, Datuk Shahelmey Yahya yang juga timbalan ketua menteri III, serta timbalan menteri Andi Muhammad Suraydy Bandy yang terus menokong Hajiji selepas Barisan Nasional keluar dari GRS pada Januari 2023.