‘Kita hormati usianya, bukan pendapatnya’

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad atas faktor usia bekas Perdana Menteri itu, namun bukan pendapatnya.

Pandangan Presiden UMNO itu dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan pemimpin UMNO tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir kita hormatilah… umurnya tapi saya tidak hormati pendapatnya,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pimpinan UMNO tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

Dr Mahathir membuat dakwaan itu, merujuk kepada kenyataan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming yang sebelum ini dilaporkan tidak mahu melayan atau bergaduh dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang disifatkan seperti singa dan lalat.