DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mempertahankan kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang terbaik untuk meneruskan usaha mentadbir negara selepas pilihanraya ke-16.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pendirian Nazri itu perlu disokong kerajaan kerajaan hari ini adalah yang terbaik selepas wujudnya keadaan tidak stabil sejak kerajaan pusat ditadbir tiga perdana menteri dalam tempoh empat tahun sejak 2018.
“Pendirian Nazri sejajar dengan aspirasi kita,” katanya di Rompin, semalam.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, Nazri berkata kerajaan Anwar Ibrahim adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia pada PRU akan datang.