PAKATAN Harapan (PH) mengesahkan akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Ayer Kuning tidak lama lagi, sebagai bukti komitmennya terhadap kerajaan perpaduan.
“Keputusan kita setakat ini ialah menyokong BN kerana ia kerusinya dan disandang oleh wakil UMNO sebelum ini,” kata setiausaha agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.
“Pakatan Harapan akan memulakan gerak kerjanya.
“Pagi tadi, saya secara peribadinya menerima arahan pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membuat persiapan untuk PRK berkenaan,” katanya.
Saifuddin berkata langkah awal kerajaan ialah menggerakkan jentera pilihanrayanya di peringkat pusat dan negeri.