PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) ditetapkan pada 20-23 Ogos ini.
Dalam satu kenyataan Setiausaha Agungnya Datuk Wira Dr Asyraf Dusuki berkata persidangan peringkat cawangan mesti diadakan mulai 7 April hingga 25 Mei manakala peringkat bahagian mulai 9 Jun dan 27 Julai.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi hari ini.
Asyraf bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada seseorang pegawai tinggi kerajaan akan menghadirinya.
PAU 2023 menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadirinya sejak tahun 1998, manakala Loke Siew Fook adalah pemimpin pertama DAP hadir di perhimpunan.