PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan musuh ketatnya, UMNO demi mencapai matlamat perjuangan politik.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tiada sebab bagi UMNO dan Bersatu untuk terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, asas matlamat perjuangan yang sama sepatutnya membolehkan Bersatu dan UMNO duduk semeja.
“Kalau perjuangan itu sama, mengapa perlu adanya dua parti?
“Justeru, pemimpin juga perlu membuang ego dan mengukuhkan prinsip berterus terang demi kepentingan negara,” katanya.
Ahli Parlimen Larut itu berkata demikian ketika menjadi tetamu siri audio siar Keluar Sekejap dihoskan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO,Shahril Sufian Hamdan pada Jumaat lalu.