BEKAS setiausaha Bersatu Sabah, Abdul Kadir Abdullah Damsal secara rasminya meletak jawatan semalam dan menyertai semula UMNO.
Beliau menyertai Bersatu sejak Oktober 1994.
Keputusannya dibuat selepas mendengar kenyataan bendahari dan pengarah pilihanraya Sabah Salleh Tun Said yang menggesa bekasa ahli agar kembali kepada parti itu dan menyokongnya menjelang pilihanraya negeri yang akan datang.
“UMNO sudah membuktikan kewibawaannya memerintah negara dan negeri Sabah.
“Bersatu sudah tidak relevan lagi di Sabah.
“Hanya UMNO-BN yang mampu membawa perubahan kepada masa depan rakyat Sabah,” katanya.
Abdul Kadir said.