BN kekalkan kerusi DUN Ayer Kuning

BARISAN Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning di Tapah apabila calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi.

Pada pilihanraya kecil semalam, beliau menewaskan pencabarnya, Abd Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 6,059 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, pula meraih 1,106 undi.

Bekas guru dan pensyarah kanan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya memperoleh 11,065 undi.