Cawangan akar umbi UMNO meningkat pesat

UMNO mencatat pertubuhan ketara di peringkat akar umbi apabila 20,710 cawangan mengadakan mesyuarat agung di seluruh negara tahun ini, kata setiausaha agungnya Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Jumlah itu meningkat berbanding 20,005 cawangan tahun lalu.

“Ini membuktikan mereka bukan sahaja aktif tetapi bermotivasi tinggi,” katanya ketika melawat Balai Berita, Jumaat lalu.

Hadir ialah Pengarang Kumpulan Media Prima Azhari Muhidin, timbalan editor NST Sharanjit Singh, Zulkifli Jalil (ketua pengarang Berita Harian dan timbalannya M. Thillinadan.

Asyraf berkata sentimen akar umno menunjukkan meningkatnya komitmen dan ketaan mereka kepada parti serta penerimaan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di dalam Kerajaan Perpaduan.