“Adly berjumpa Rauf Selasa baru-baru ini dan rundingan itu menampakkan arah positif, jadi kita harap ia akan berjaya.
“PH tak mahu dilihat sebagai sebuah parti untuk meraih sokongan bukan Melayu sahaja tetapi kami mahukan fungsi lebih besar dalam memperkukuhkan kerajaan negeri,” kata Adam yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Penggal Dewan Undangan Negeri Melaka akan terbubar secara automatik Disember ini, dan pilihanraya perlu diadakan selewat-lewatnya Februari depan.
Sementara itu, setiausaha agung Umno, Asyraf Dusuki berkata perbincangan dengan PH bagi pilihanraya negeri Melaka tidak termasuk dalam agenda mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di Melaka, esok (Jumaat).
