Dobrze przemyslane kasyno online daje wieksza kontrole i pozwala skupic sie na rozrywce. Jako przyklad do porownania moze posluzyc visa kasyno online, ktory najlepiej ocenic pod katem licencji, platnosci i realnych opinii. Przejrzyste zasady wyplat i jasne limity to jeden z najlepszych dowodow uczciwosci kasyna. Wsparcie klienta warto sprawdzic zadajac konkretne pytanie i mierzac czas oraz jakosc odpowiedzi. Narzedzia takie jak samowykluczenie swiadcza o dojrzalym podejsciu operatora do gracza. Spojne i proste opcje pozwalaja szybko znalezc gre, promocje lub zasady wyplat. Jakosc serwisu poznaje sie po dostawcach oprogramowania, bo renomowani producenci dbaja o jakosc. Kasyno na zywo zyskuje popularnosc dzieki realnym krupierom. Darmowe spiny dodaja atrakcyjnosci, ale kluczowy bywa limit wygranej oraz gry, w ktorych mozna je wykorzystac. Dobrze zaprojektowany interfejs ulatwia nawigacje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. W Polsce duze znaczenie ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Wazna kwestia jest zabezpieczenie danych, ktore powinno byc standardem u kazdego rzetelnego operatora. Rozsadny gracz zestawia nie sama wielkosc bonusu, lecz jego realne warunki. Weryfikacja tozsamosci bywa wymagana przed pierwsza wyplata, wiec nie nalezy sie tym zaskakiwac. Kasyno na zywo cieszy sie uznaniem dzieki atmosferze prawdziwego stolu. Odpowiedzialna gra powinna byc priorytetem, a limity wplat i czasu pomagaja zachowac kontrole. Bonusy wygladaja atrakcyjnie, jednak ich wartosc okresla warunek obrotu, ktory nalezy przeanalizowac przed rejestracja. Przejrzysta polityka odpowiedzialnej gry to sygnal, ze operator dziala uczciwie. Kluczowa kwestia jest szyfrowanie polaczenia, ktore powinno byc regula u kazdego rzetelnego operatora. Warto pamietac, ze to zabawa, a nie sposob na zarabianie. Dobrze zaprojektowany interfejs ogranicza frustracje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. Automaty maja rozny charakter pod wzgledem zwrotu RTP i zmiennosci, dlatego warto je porownac. W Polsce istotna role ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty sa natychmiastowe. W Polsce istotna role ma natychmiastowy przelew mobilny, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Metody platnosci powinny byc wygodne, a czas wyplaty to jeden z najwazniejszych parametrow. Przejrzysta polityka prywatnosci to sygnal, ze operator traktuje gracza powaznie. Rzetelna obsluga nie zbywa gracza, a nie odsyla do niekonczacych sie formularzy. Czytelna strona, prosta nawigacja i brak nachalnych reklam znaczaco poprawiaja komfort korzystania z serwisu. Jesli serwis nie zawiesza sie na smartfonie, gra staje sie znacznie przyjemniejsza. Na koniec warto zapamietac, ze spokojna, swiadoma decyzja chroni gracza bardziej niz pospiech.

PTG diarah pindah milik hartanah kepada UMNO

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan sebidang tanah di ibu negara berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada UMNO.

Hakim Roz Mawar Rozain mengeluarkan perintah itu selepas dimaklumkan oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO sebagai plaintif, bahawa kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan bersetuju mengenai penyelesaian iaitu pemindahan hak milik tanah berkenaan.

Dalam penghakiman persetujuannya, Roz Mawar berkata, harta yang dikenali sebagai Geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur (“Hartanah tersebut”) yang didaftarkan atas nama Daim Zainuddin, Musa Hitam, Dr Mahathir Mohamad dan Sanusi Junid (“Pemegang Amanah”) adalah dipegang sebagai pemegang amanah bagi manfaat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

“Pemilikan Hartanah tersebut yang didaftarkan atas nama pemegang amanah diletak hak dan didaftar atas nama UMNO dengan semua hak, kepentingan dan milikan ke atasnya selaras dengan peruntukan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966.

“Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi kesan kepada perenggan (2) di atas menurut Seksyen 420 Kanun Tanah Negara 1965 dan mengambil segala langkah perlu untuk melaksanakan dan mendaftarkan peletakan hak hartanah tersebut dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Ketika ditemui media, Hafarizam berkata, tanah berkenaan dikenali sebagai Hotel Seri Pacific.

“Dengan perintah ini, segala isu berkaitan pindah milik harta Hotel Seri Pacific selesai,” katanya.

Mengenai isu keingkaran pihak pemegang amanah memindah milik harta berkenaan, Hafarizam berkata, perintah mahkamah hari ini menjadikan segala isu polemik berkenaan keengganan pemegang amanah menandatangani atau tidak pemindahan harta itu, selesai dan menjadi akademik.

“Mahkamah memberi perintah atas permohonan kami dan dengan persetujuan pihak PTG yang diwakili peguam kanan persekutuan, bahawa harta itu dipindah milik daripada nama empat pemegang amanah kepada UMNO,” katanya.

Perintah itu berkuat kuasa hari ini dan perlu dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.

Pada 6 Mac lalu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, memfailkan saman pemula dengan menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.

Menerusi saman itu, UMNO memohon perintah bahawa pemilikan geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Kuala Lumpur yang didaftar atas nama pemegang-pemegang amanah iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, UMNO memohon Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan melaksanakan perintah tersebut dengan membuat memorial dalam dokumen hak milik.

Afidavit sokongan Mohd Sumali menyebut, berdasarkan Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Oktober 2015 bagi hartanah itu yang disertakan Surat Akuan bertarikh 22 Oktober 2015 telah disahkan serta ditandatangani oleh empat pemimpin terbabit.

“Dua pemegang amanah telah meninggal dunia iaitu Sanusi pada 9 Mac 2018 dan Daim pada 13 November 2024. Kematian Daim diketahui umum berikutan penyebaran berita tersebut di pelbagai platform sama ada luar talian mahupun dalam talian termasuk media sosial, portal berita, surat khabar, radio dan televisyen,” kata Hazira.

Mohd Sumali berkata, pemegang jawatan UMNO yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Disember 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut daripada pemegang amanah terdahulu kepada parti itu.